Tuesday, January 29, 2013

Syukur atas takdirmu Ya Allah

Posted by Er Nea at Tuesday, January 29, 2013 0 comments


Assalamualaikum...


Sudah lama rasanya tidak menulis di sini...rasa rindu itu kian mencengkam...perasaan meluah perihal hati dan perasaan mula menguasai diri... Jadi masa yang terluang ini tidak perlu ema persiakan...Menulis di atas meja kayu ditemani rakan sekerja memang sedikit merimaskan tapi bagi ema itu tidak makna untuk ema terus berdiam diri dari terus mencoretkan sesuatu di sini....

Untuk pengetahuan semua alhamdulillah hidup ema kembali tenang...sujud ema terasa damai...kecelaruan yang semenjak dua menjak mencengkam dada kian berlalu...syukur padamu Ya Allah sebab ema tahu perancangan allah itu yang terbaik...banyak insan yang memberi semangat pada ema...sebenarnya tak pernah ema sangkakan semua ini akan berlaku...masih ada insan yang sudi menyumbangkan kata-kata saat diri ini kelemasan...Terima kasih untuk korang-korang yang berada disisi ema....tak tahu bagaimana ema nak ucapkan terima kasih lagi pada korang sebab korang tidak pernah sesekali tinggalkan ema saat ema keresahan, kerunsingan dan memerlukan motivation....Orang lain tak akan merasai bagaimana perasaan kita, sampailah satu saat mereka merasai sendiri perasaan tersebut...Syukur alhamdulillah juga, yuran pengajian ema telah Allah pemudahkan bayarannya....(kredit kat si penyumbang)...So fikiran ema tak celaru & haru biru lagi....betoi kata orang, semuanya bakal dipermudahkan dengan izin Allah, so ungkapan      'Kunfayakun' harus ada dalam diri kita...Percaya pada ketentuan Allah..




"Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya. Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu." 


Ema juga nk ucap tahniah kat cik Sahabat. Sebagai seorang sahabat ema terasa amat teruja sekali kat cik sahabat Jaja dan Wan yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasanganya pada 24 Jan 2013, sebenarnya telah banyak ema dengar keluhan cinta dari cik sahabat neh..perjalanan cinta yang menyayat hati...berpisah, bertemu dan akhirnya berkahwin....syukur alhamdulillah, Allah sudah menyatukan cinta mereka dan sebagai sahabat ema bangga dengan kesetiaan pasangan neh, walau sudah lama terpisah tapi kasih sayang itu tetap utuh...walaupun si pengantin lelaki sudah bertunang dengan insan lain sebelum neh...Tahniah sahabat berakhir sudah pencarian cinta kamu...Cintailah dirinya seadanya dan jadilah seorang isteri yang solehah...Ishh tetiba terasa nak kawen plak...sabar yer Cik Ema Insyallah jodoh akan menyusul....



Jaja & Wan




P/s Hidup yang bercampur baur dengan pelbagai perasaan kadang kala merimaskan dan kadangkala cukup memberikan sejuta kemanisan...Jadi sebagai manusia kita harus berfikiran positif, pandang ke hadapan dan jangan toleh kebelakang, namun tak salah jika sesekali menoleh kebelakang tapi berwaspadalah jangan sampai menenggelamkan jiwa anda....Sekali terkena mungkin kesilapan, dua kali terkena mungkin anda mengharapkan perubahan dan andai berkali-kali terkena say bye2 a.k.a selamat jalan!!! 


Thursday, January 10, 2013

Serabut

Posted by Er Nea at Thursday, January 10, 2013 0 comments





Sungguh semak jiwa aq sekarang neh
sampai aq tak taw nak cakap apa
kadang-kadang termenung
nak nagis pun macam dah letih sangat
Penat sungguh memikior
ahhhh.....
Waktu2 cm neh nak ada dia disisi
Nak luahkan apa yang serabut sangat kat kepala nehhh
Bebeh plzzzzz come to me...hehehe













Teramat Serabut..Teramat Tak Suka!
Damn!


~ Balek tdoq agi baguih ~

Thursday, January 3, 2013

Terbaek Dari Australia!!!

Posted by Er Nea at Thursday, January 03, 2013 0 comments



Da latest one!



Hehe teruja bila dapat mendalah neh>> ciut miut ja...
Kredit kat tukang Sponser
Nak wat colletionlah



Sekarang dalam simpanan ema ada Souvenir from :

Australia
Indonesia
China
Brunei
London
Holland
Korea
Sabah






P/s Nice sangat.....

Wednesday, January 2, 2013

Persiapkan Diri!

Posted by Er Nea at Wednesday, January 02, 2013 0 comments



Assalamualaikum...



Ya allah tima kasih kerana telah berikan jalan untuk hambamu ini
sungguh benar kata pepatah, cuba selesaikan masalah yang ringan dulu
Insyallah yang berat akan sikit-sikit ikut selesai
Alhamdulillah, Aku bersyukur padamu Ya Allah
SEmoga pemulaan 2013 neh membawa sejuta rahmat buat diri ini....






p/s Nak cepat2 ciapkan tesis & nak cepat2 dapat keja...nak kuaq daripada kepompong masalah....Insyallah ema tak nak sedeh2 lagi sebab ema percaya Allah selalu bersama ema lebih-lebih lagi dengan insan teranaiya!


Hurry Up!!!
 

pemilikdewahaty Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review