Bismillah.....
Salam seribu kedamaian. Alhamdulillah masih lagi bernafas, walau sedikit kesamaran tapi sisa-sisa itu masih ada. Walau hanya seketika tapi ia cukup bermakna. Bukan apa, bila mata dibuka hanya mampu melihat dia. Di dalam fikiran hanya dia. Disudut hati hanya dia. Tapi mampu atau tak untuk memiliki hanya Allah penentu segalanya. Kata dia saya bukan milik sesiapa. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu. Kadang-kadang kata-kata boleh disalah tafsirkan... dan kadangkala kata-kata bukan melambangkan segalanya dan kadang-kadang kata-kata hanya untuk menyedapkan jiwa.. Hanya untuk memiliki apa yang diimpikan. Bila impian terlaksana maka ia ditinggal dan dilupakan begitu saja. Mudah bukan! Dibiarkan seolah-olah tiada perasaan. Tiada hati. Seolah Tunggul Mati!
Mudah... bila ia dilafazkan oleh insan yang tiada perasaan. Hukum karma siapa yang tahu. Mungkin sekarang, mungkin nanti.. Tapi pasti akan terjadi cuma lambat dan cepat. Persiapkan diri. Kuatkan mentaliti. Dia yang aku sayang mungkin seorang insan biasa, mungkin juga seorang yang luar biasa. Siapa kita untuk mempersoalkannya tapi yang pasti dia bukan seorang kaki PENIPU, kaki PEREMPUAN, kaki CLUBBING dan bukan seorang kaki PUKUL. Cukup jika biasa-biasa, tak perlu macho, tak perlu bergaya tapi boleh membuatkan aku tersenyum gembira walaupun tanpa dia didepan mata. Indah...Teramat Indah. Itu hanya kita yang rasa. Kerana kenangan itu tak bisa kita ciptakan bersama insan lain melainkan awak dan saya. Jika kenangan itu merungsingkan tutuplah pintu hati. Format memori yang ada. Restart dan mulakan kehidupan baru yang lebih indah. Jika mampu ya teruskan. Jika tidak berhentilah. Jangan terus berusaha. Kerana pasti ada yang terluka. Ingat jangan sesekali menghina kerana sebelumnya kita pernah hidup bersama. Bersama dalam segalanya. .Melayari bahtera bahagia. Mungkin seketika tapi cukup bermakna. Kita pun tidak meminta tapi Allah maha kuasa. Menentukan yang terbaik dalam kehidupan manusia. Cuma jika dilahirkan semula ingin saja dijauhi jalan yang ada. Bukan menyesal cuma mengurangkan beban yang ada. Dijauhi sisa airmata.
Maafkan saya jika ada yang terluka. Jika ada yang tersentuh jiwa. Cuma sudah tiba masanya saya melepaskan semua yang ada. Terima kasih atas segalanya. Saya sudah cuba menjadi yang terbaik Mungkin destinasi kita sama tapi nyata jalan kita berbeza. Lebih elok jika lorong kita berbeza. Tiada siapa yang terasa. Tiada siapa yang terkecewa. Saya bukan insan yang tidak tahu berbudi. Orang berbahasa saya berbahasa. Orang maki saya biarkan saja walaupun sakit dijiwa. Kerna itu bukan saya.
Awak yang sudah berpunya jagalah dia sebaiknya...kerna dihati kamu cuma ada dia. Tak mungkin kamu lepaskan demi saya.
Jadi biarkan saja...saya dengan dunia saya.
Terima Kasih Atas segala budi anda ^___^. Atas susah senang anda bersama saya
Hanya "Dia" mampu membalasnya.
Terima Kasih Atas segala budi anda ^___^. Atas susah senang anda bersama saya
Hanya "Dia" mampu membalasnya.