Wednesday, July 31, 2013

Memories

Posted by Er Nea at Wednesday, July 31, 2013 0 comments


Tak abis-abis touching
Ahaks!
~Actually gambo neh tomey sangat~

Monday, June 24, 2013

SesuATu YaNg BUkan MiliK KiTa

Posted by Er Nea at Monday, June 24, 2013 0 comments
Bismillah.....
Salam seribu kedamaian. Alhamdulillah masih lagi bernafas, walau sedikit kesamaran tapi sisa-sisa itu masih ada. Walau hanya seketika tapi ia cukup bermakna. Bukan apa, bila mata dibuka hanya mampu melihat dia. Di dalam fikiran hanya dia. Disudut hati hanya dia. Tapi mampu atau tak untuk memiliki hanya Allah penentu segalanya. Kata dia saya bukan milik sesiapa. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu. Kadang-kadang kata-kata boleh disalah tafsirkan... dan kadangkala kata-kata bukan melambangkan segalanya dan kadang-kadang kata-kata hanya untuk menyedapkan jiwa.. Hanya untuk memiliki apa yang diimpikan. Bila impian terlaksana maka ia ditinggal dan dilupakan begitu saja. Mudah bukan! Dibiarkan seolah-olah tiada perasaan. Tiada hati. Seolah Tunggul Mati! 

Mudah... bila ia dilafazkan oleh insan yang tiada perasaan. Hukum karma siapa yang tahu. Mungkin sekarang, mungkin nanti.. Tapi pasti akan terjadi cuma lambat dan cepat. Persiapkan diri. Kuatkan mentaliti. Dia yang aku sayang mungkin seorang insan biasa, mungkin juga seorang yang luar biasa. Siapa kita untuk mempersoalkannya tapi yang pasti dia bukan seorang kaki PENIPU, kaki PEREMPUAN, kaki CLUBBING dan bukan seorang kaki PUKUL. Cukup jika biasa-biasa, tak perlu macho, tak perlu bergaya tapi boleh membuatkan aku tersenyum gembira walaupun tanpa dia didepan mata. Indah...Teramat Indah. Itu hanya kita yang rasa. Kerana kenangan itu tak bisa kita ciptakan bersama insan lain melainkan awak dan saya. Jika kenangan itu merungsingkan tutuplah pintu hati. Format memori yang ada. Restart dan mulakan kehidupan baru yang lebih indah. Jika mampu ya teruskan. Jika tidak berhentilah. Jangan terus berusaha. Kerana pasti ada yang terluka. Ingat jangan sesekali menghina kerana sebelumnya kita pernah hidup bersama. Bersama dalam segalanya. .Melayari bahtera bahagia. Mungkin seketika tapi cukup bermakna. Kita pun tidak meminta tapi Allah maha kuasa. Menentukan yang terbaik dalam kehidupan manusia. Cuma jika dilahirkan semula ingin saja dijauhi jalan yang ada. Bukan menyesal cuma mengurangkan beban yang ada. Dijauhi sisa airmata. 

Maafkan saya jika ada yang terluka. Jika ada yang tersentuh jiwa. Cuma sudah tiba masanya saya melepaskan semua yang ada. Terima kasih atas segalanya. Saya sudah cuba menjadi yang terbaik Mungkin destinasi kita sama tapi nyata jalan kita berbeza.  Lebih elok jika lorong kita berbeza. Tiada siapa yang terasa. Tiada siapa yang terkecewa. Saya bukan insan yang tidak tahu berbudi. Orang berbahasa saya berbahasa. Orang maki saya biarkan saja walaupun sakit dijiwa. Kerna itu bukan saya.

Awak yang sudah berpunya jagalah dia sebaiknya...kerna dihati kamu cuma ada dia. Tak mungkin kamu lepaskan demi saya.
Jadi biarkan saja...saya dengan dunia saya.



Terima Kasih Atas segala budi anda ^___^. Atas susah senang anda bersama saya
Hanya "Dia" mampu membalasnya.


Friday, May 31, 2013

Hadiah Tok Baby Afia Maisarah binti Afiq

Posted by Er Nea at Friday, May 31, 2013 2 comments
Hadiah. Done. So boleh pergi site dengan aman. Settle sudah semua. Bil rumah. Bil Telepon. Pendek kata semua bil lah. So malam neh OTW to da site. Tak taw lagi macam mana keadaan kat sana. Katanya teramat kraudet. Emmm mau taknyer sebiji rumah 12 orang. Gila sih. Ketat. Macam mana kat sana nanty pun tak taw. Positif Thinking. Bukan selalu nak duduk reramai neh. Masa Muda remaja ja. So Layan.  Jom tengok apa yang Ema beli kat si kecik yang baru tengok dunia neh. AllahuAkbar!


Tomey sangat. Sama macam mama dia. Congt! Ain + Afiq


Gift 4 Afia
Semoga jadi anak yang solehah yer sayang




p/s Ain merangkap sahabat, housemate, penasihat dan sebagainya yang selalu ada ketika Ema dilanda badai.
Kisah percintaan yang tragis tapi tetap diakhiri dengan kegembiraan. Berkat kesabaran dan kesetiaan seorang perempuan.
Tabik Spring sama lu Ain! 

Thanks sebab teman kita cari gift tok baby Afia  ^___^


Thursday, May 30, 2013

Si Penipu

Posted by Er Nea at Thursday, May 30, 2013 0 comments
Assalamualaikum

Hye-hye-hye...Entry kali neh bukan nak bebel panjang-panjang tapi sekadar meluahkan apa yang orang cakap huhu. Apa orang cakap? Emmmm diorang cakap ema neh kuat melenting, kuat bebel, sikit-sikit nak marah, kurang sabor jika nak dibandingkan dengan dulu. Yew kew! 

For me semua sama ja cuma keadaan dan waktu yang membezakan. Yes itu Ema! Tak kan pernah berubah. Melenting mesti ada sebab tapi jangan risau masih dalam pengawasan. Ema neh bukan gila nak meroyan tak tahuan hala huhu. Tapi pantang bagi ema kalau orang tipu. Meroyan jugak tapi meroyan manja hahaha. Still boleh layan pada hal kita dah tahu. Tengok macam mana si penipu nak cover. Bukan apa cuma nak tahu sejauhmana dia nak menipu lagi hahaha. Terror juga yew budak neh menipu. Mesti pernah study hard sal mendalah neh. Amik ko! Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak kan. Kecian. Kasi biar jew, dosa ko yang tanggung!

Sudah. Tak payah bebel. Actually hari neh Ema da exam. Doakan Ema yew. Semoga dipermudahkan. Gpun gaji pending neh, Roadtax lomborghini plok mati. huhu. Adui susah betoi hidup makan gaji neh. So time-time cam neh kena lar masuk site cari pitis lebih katakan. Bye-bye penang. Jom pi makan angin sambil mendapatkan pitis! 



p/s Kalau nak hidup sentiasa bahagia follow 7 Cardinal di atas. Confom anda semua akan senyum sokmo. Pejam mata, buka mata teringat dia. OMG


Monday, May 20, 2013

Weekend yang Mantap

Posted by Er Nea at Monday, May 20, 2013 0 comments


Hari minggu yang ema rasa cukup terisi
Mendengar celoteh anak buah tercinta

Setiap saat si kecil tanya 'Mak jang tdo sini ka malam neh'
"Mak, Mak Jang nak pi mana?"
dan 
lagi satu yang ema asa tak bole blah soalan dia
'Mak Jang nak tanya neh'
'Tanya apa?'
'Mak Jang umur bape, Bila nak KAWEN?'

Ishh budak neh luku kang...
budak 10 taun boleh tanya soalan cam neh
Sungguh terasa kemodenan dunia!


Abg! Jangan cabut stiker mak jang tuh 
tak masuk umah nanty!
Gosok jgn tak gosok


Siram jangan tak siram...Kasih lencun yew
Kan untung ada anak buah cam neh
Emmm pada hal depa syok maen aiqqqq


Peace No War


Amboi sempat agi dia peace ek...
Asyraf, Afi, Arffan (3A)



Si kecik neh plok asyik minta nak main angry bird
haiii budak kecik!


Terima Kasih sebab hadir dalam hidup Ema
Permata terindah
Jadi anak-anak yang soleh yew sayang


p/s Aku ada kerna kau ada.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Posted by Er Nea at Thursday, May 16, 2013 0 comments



Tabik Hormat sama U ollsss


 UPSR
PMR
SPM
STPM
IJAZAH
MASTER
Coming Soon
PHD (ahaks gelak guling2)




Selamat Hari Guru kat semua cgu2, pensyarah2 dan semua pendidik
yang penat ngajo Ema dari kecik sampai beso panjang sekarang neh
Tak lupe gak kat skandal-skandal cgu
perkataan 'labu' & 'labi' tak kan penah Ema lupa
Gelaran tok 2 budak nakai yang malas wat keja sekolah, Melawan cakap cikgu hahaha
Whatever

~Jasamu Dikenang~
Sayang cikgu semua


p/s Selamat Hari Guru kat waaa jugak hehehe...Budak Baek jangan lupa bawa hadiah kat cikgu k. 
Sekarang Hp bbunyi kol 3pg sungguh luar biasa! Sebab Dulu selalu ahakss!



Saturday, May 11, 2013

Tipu Kalau!

Posted by Er Nea at Saturday, May 11, 2013 0 comments




Tipu kalau otak tak penah memikir
Tipu kalau mulut tak penah menyebut
Tipu kalau mata tak pernah memandang
Tipu kalau hati tak merindu
Tipu kalau jiwa tak merintih
Tapi
Mungkin kekadang bukan kita nak sangatpun kembali pada kenangan lama
Bukan kita nak sangatpun mengulang balik kisah indah yang pernah berlaku dalam hidup kita
cuma kengkadang kita tersepit dengan perasaan sendiri
Kalah dengan hati yang selalu keliru
Hati yang tak mampu melawan perasaan yang ada
Sebab itu kita perlu lari daripada perasaan 
Kita perlu berhati-hati dengan hati

Sampai satu saat, kita sendiri sedar sebenarnya kita hanya terganggu dengan perasaan dan tak mungkin perasaan sayang itu akan kembali
Sebab tiada manusia yang ingin pada kenangan lama yang menyakitkan
Kerana....Kenangan hanya akan kekal sebagai kenangan dan takkan berubah menjadi masa hadapan





P/s: Round Island...'Dia' mau kenangan lepas dihapuskan. Jangan ada walaupun sedikit. Bukan kerana sayang cuma hati kadang2 sedikit terkenang




 

pemilikdewahaty Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review