Tuesday, September 24, 2013

Hati bukan untuk dimiliki tapi untuk dicintai dan mencintai

Posted by Er Nea at Tuesday, September 24, 2013 0 comments




Kini engkau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan aku dari suramnya mimpi ngeri

Mantap sehhh lagu neh



p/s Makaceh sebab ceriakan saya,  buat saya ketawa, buat saya tersenyum gembira
Makaceh juga sebab selalu ade dalam susah senang saya, Selalu layan kerenah saya, Walau Kadang2 tercabar kesabaran 
Syukran

Alhamdulillah Allah nak bagi pelangi rupanya ^___^

Tuesday, August 6, 2013

MOd RaYa SakaN!!!

Posted by Er Nea at Tuesday, August 06, 2013 0 comments
Assalamualaikum......

Hari neh masuk opis jap. Halfday jew. Tunjuk muka kat Boss Kecik hahaha. Sebab dia Balik Pagi Raya. Cian. Ehh Lembut sangat. Padam Muka ko....hahahah. Gelak Ja'at. Tuh lar cari pasal lagi!!!

Mod Raya...Mod Raya....Tok pengetahuan korang taun neh raya sakan, sebulan lagi nak raya dah pegi cari baju raya adik, mak ayah semua tapi bukan baju waaa :(  beli baju depa semua bagi ciap dulu baru cari baju kita plok....Done. Tema taun neh wana biru aiq laut tuh...lembut...lembut sangat kan...Jambu plok tengok adik laki pakai wana neh....tapi yang penting smart beb! Puas jugak lar meronda cari baju depa neh. dari satu kedai ke satu kedai... taw-taw lar kalau pi dengan akak huhu...berjalan sakannnn....naek lembik....asa nak minum ja air bebudak neh beli....sob...sob....

Selesai semua baju depa, kalut cari baju kita plok....simple ja tp yang penting nice. Pada mata saya. Wana biru juga...Jubah beb... bukan apa senang pakai jubah a.k.a dress neh xpayah kalut-kalut nak pakai kain haha....serlum ja sekali dah sampai kaki...leceh pakai baju kurung sebab kena pakai kain, baju...eeeeeeee. Done.

Emmm pasai balik raya plok... bakal dijemput...haha...dah orang nak jemput tak kan nak tolak kan...lai...lai....kecik tapak tangan besaq ati saya tadahkan....cian plok kat dia....tak pa setahun sekali jew....pastuh plan nak cari lagi baju raya. bukan kita tapi dia....penat...mau amik ja yang mana ada.. tambah2 kat penang. Macam semut. Hope orang tak dak lar macam sebelum2 neh...dah balik kampung semua rasanya....pilih cepat2 bole sampai umah cepat2....rumah tak kemas apa lagi tuh...haissshhhh....baju t-shirt adik tak beli lagi...Shopping lagi lar nampaknya...

Ok sudah...penat dah neh...tunggu orang amik...actually tak suka tunggu orang lama-lama..tapi tak pa first time kan...lagi pun dia kena tolong bapak dia dulu....huhu anak bapa katakan. Nanty gambo baju kita update k.....


Akhir sekali kita nak mintak maap kepada semua yang mengenali, Maafkan saya andai terkasaq bahasa, tersilap bicara, selamat hari raya maaf zahir dan batin. Korang yang wat salah dengan kita jangan isaw kita dah maafkan pun kecuali......?


Ciptak wan punya!



Wednesday, July 31, 2013

Memories

Posted by Er Nea at Wednesday, July 31, 2013 0 comments


Tak abis-abis touching
Ahaks!
~Actually gambo neh tomey sangat~

Monday, June 24, 2013

SesuATu YaNg BUkan MiliK KiTa

Posted by Er Nea at Monday, June 24, 2013 0 comments
Bismillah.....
Salam seribu kedamaian. Alhamdulillah masih lagi bernafas, walau sedikit kesamaran tapi sisa-sisa itu masih ada. Walau hanya seketika tapi ia cukup bermakna. Bukan apa, bila mata dibuka hanya mampu melihat dia. Di dalam fikiran hanya dia. Disudut hati hanya dia. Tapi mampu atau tak untuk memiliki hanya Allah penentu segalanya. Kata dia saya bukan milik sesiapa. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu. Kadang-kadang kata-kata boleh disalah tafsirkan... dan kadangkala kata-kata bukan melambangkan segalanya dan kadang-kadang kata-kata hanya untuk menyedapkan jiwa.. Hanya untuk memiliki apa yang diimpikan. Bila impian terlaksana maka ia ditinggal dan dilupakan begitu saja. Mudah bukan! Dibiarkan seolah-olah tiada perasaan. Tiada hati. Seolah Tunggul Mati! 

Mudah... bila ia dilafazkan oleh insan yang tiada perasaan. Hukum karma siapa yang tahu. Mungkin sekarang, mungkin nanti.. Tapi pasti akan terjadi cuma lambat dan cepat. Persiapkan diri. Kuatkan mentaliti. Dia yang aku sayang mungkin seorang insan biasa, mungkin juga seorang yang luar biasa. Siapa kita untuk mempersoalkannya tapi yang pasti dia bukan seorang kaki PENIPU, kaki PEREMPUAN, kaki CLUBBING dan bukan seorang kaki PUKUL. Cukup jika biasa-biasa, tak perlu macho, tak perlu bergaya tapi boleh membuatkan aku tersenyum gembira walaupun tanpa dia didepan mata. Indah...Teramat Indah. Itu hanya kita yang rasa. Kerana kenangan itu tak bisa kita ciptakan bersama insan lain melainkan awak dan saya. Jika kenangan itu merungsingkan tutuplah pintu hati. Format memori yang ada. Restart dan mulakan kehidupan baru yang lebih indah. Jika mampu ya teruskan. Jika tidak berhentilah. Jangan terus berusaha. Kerana pasti ada yang terluka. Ingat jangan sesekali menghina kerana sebelumnya kita pernah hidup bersama. Bersama dalam segalanya. .Melayari bahtera bahagia. Mungkin seketika tapi cukup bermakna. Kita pun tidak meminta tapi Allah maha kuasa. Menentukan yang terbaik dalam kehidupan manusia. Cuma jika dilahirkan semula ingin saja dijauhi jalan yang ada. Bukan menyesal cuma mengurangkan beban yang ada. Dijauhi sisa airmata. 

Maafkan saya jika ada yang terluka. Jika ada yang tersentuh jiwa. Cuma sudah tiba masanya saya melepaskan semua yang ada. Terima kasih atas segalanya. Saya sudah cuba menjadi yang terbaik Mungkin destinasi kita sama tapi nyata jalan kita berbeza.  Lebih elok jika lorong kita berbeza. Tiada siapa yang terasa. Tiada siapa yang terkecewa. Saya bukan insan yang tidak tahu berbudi. Orang berbahasa saya berbahasa. Orang maki saya biarkan saja walaupun sakit dijiwa. Kerna itu bukan saya.

Awak yang sudah berpunya jagalah dia sebaiknya...kerna dihati kamu cuma ada dia. Tak mungkin kamu lepaskan demi saya.
Jadi biarkan saja...saya dengan dunia saya.



Terima Kasih Atas segala budi anda ^___^. Atas susah senang anda bersama saya
Hanya "Dia" mampu membalasnya.


Friday, May 31, 2013

Hadiah Tok Baby Afia Maisarah binti Afiq

Posted by Er Nea at Friday, May 31, 2013 2 comments
Hadiah. Done. So boleh pergi site dengan aman. Settle sudah semua. Bil rumah. Bil Telepon. Pendek kata semua bil lah. So malam neh OTW to da site. Tak taw lagi macam mana keadaan kat sana. Katanya teramat kraudet. Emmm mau taknyer sebiji rumah 12 orang. Gila sih. Ketat. Macam mana kat sana nanty pun tak taw. Positif Thinking. Bukan selalu nak duduk reramai neh. Masa Muda remaja ja. So Layan.  Jom tengok apa yang Ema beli kat si kecik yang baru tengok dunia neh. AllahuAkbar!


Tomey sangat. Sama macam mama dia. Congt! Ain + Afiq


Gift 4 Afia
Semoga jadi anak yang solehah yer sayang




p/s Ain merangkap sahabat, housemate, penasihat dan sebagainya yang selalu ada ketika Ema dilanda badai.
Kisah percintaan yang tragis tapi tetap diakhiri dengan kegembiraan. Berkat kesabaran dan kesetiaan seorang perempuan.
Tabik Spring sama lu Ain! 

Thanks sebab teman kita cari gift tok baby Afia  ^___^


Thursday, May 30, 2013

Si Penipu

Posted by Er Nea at Thursday, May 30, 2013 0 comments
Assalamualaikum

Hye-hye-hye...Entry kali neh bukan nak bebel panjang-panjang tapi sekadar meluahkan apa yang orang cakap huhu. Apa orang cakap? Emmmm diorang cakap ema neh kuat melenting, kuat bebel, sikit-sikit nak marah, kurang sabor jika nak dibandingkan dengan dulu. Yew kew! 

For me semua sama ja cuma keadaan dan waktu yang membezakan. Yes itu Ema! Tak kan pernah berubah. Melenting mesti ada sebab tapi jangan risau masih dalam pengawasan. Ema neh bukan gila nak meroyan tak tahuan hala huhu. Tapi pantang bagi ema kalau orang tipu. Meroyan jugak tapi meroyan manja hahaha. Still boleh layan pada hal kita dah tahu. Tengok macam mana si penipu nak cover. Bukan apa cuma nak tahu sejauhmana dia nak menipu lagi hahaha. Terror juga yew budak neh menipu. Mesti pernah study hard sal mendalah neh. Amik ko! Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak kan. Kecian. Kasi biar jew, dosa ko yang tanggung!

Sudah. Tak payah bebel. Actually hari neh Ema da exam. Doakan Ema yew. Semoga dipermudahkan. Gpun gaji pending neh, Roadtax lomborghini plok mati. huhu. Adui susah betoi hidup makan gaji neh. So time-time cam neh kena lar masuk site cari pitis lebih katakan. Bye-bye penang. Jom pi makan angin sambil mendapatkan pitis! 



p/s Kalau nak hidup sentiasa bahagia follow 7 Cardinal di atas. Confom anda semua akan senyum sokmo. Pejam mata, buka mata teringat dia. OMG


Monday, May 20, 2013

Weekend yang Mantap

Posted by Er Nea at Monday, May 20, 2013 0 comments


Hari minggu yang ema rasa cukup terisi
Mendengar celoteh anak buah tercinta

Setiap saat si kecil tanya 'Mak jang tdo sini ka malam neh'
"Mak, Mak Jang nak pi mana?"
dan 
lagi satu yang ema asa tak bole blah soalan dia
'Mak Jang nak tanya neh'
'Tanya apa?'
'Mak Jang umur bape, Bila nak KAWEN?'

Ishh budak neh luku kang...
budak 10 taun boleh tanya soalan cam neh
Sungguh terasa kemodenan dunia!


Abg! Jangan cabut stiker mak jang tuh 
tak masuk umah nanty!
Gosok jgn tak gosok


Siram jangan tak siram...Kasih lencun yew
Kan untung ada anak buah cam neh
Emmm pada hal depa syok maen aiqqqq


Peace No War


Amboi sempat agi dia peace ek...
Asyraf, Afi, Arffan (3A)



Si kecik neh plok asyik minta nak main angry bird
haiii budak kecik!


Terima Kasih sebab hadir dalam hidup Ema
Permata terindah
Jadi anak-anak yang soleh yew sayang


p/s Aku ada kerna kau ada.

 

pemilikdewahaty Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review