Kalau kau tanyakan aku, jawapan itu masih sama, sekali aku melafazkan sampai mati aku akan sayang, walau kadang-kadang diri ini ditidakpeduli namun aku belajar daripada kesilapan. Ditidakpeduli Bukan bererti membenci, jauh sekali ingin menjauhi, siapa kita untuk merungkaikan rahsia hati, biarlah saja Allah yang menyelesaikan segalanya. Tidak ada insan yang sempurna, siapa pun dia tetap sama hanya manusia biasa yang bisa berubah mengikut rentak hati. Kata hati ini pergilah sayang, jagalah hati, jagalah diri dan jagalah cinta ini..biarkan ia hanya untuk diriku dan untuk itu tidak akan sesekali, aku menyekat kebebasan mu, tapi melangkahlah dengan berhati-hati dan peganglah segala janjimu "walau abang marah, walau abang buat apa pun, walau abang dengan siapa pun, abang tetap dengan sayang, sentiasa ada untuk sayang". Syukur alhamdulillah kerana telah mengurniakan insan sebaik dirimu, dan hanya satu pintaku bimbinglah rasa cinta dan kasih sayang ini dan redhalah ikatan ini sehingga akhirnya. Buangkan rasa marah, buangkan rasa benci, buangkan rasa dendam, dan yang ada hanya rasa cinta. Sesungguhnya aku terlalu memerlukan dirimu dan ketahuilah bahawa engkau bakal menjadi bapa kepada anak-anak kecil itu. In Shaa Allah.
Wednesday, November 21, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Friday, November 9, 2012
Buah hati buat hal! REdha lahh....
Assalamualaikum.....
Lama sudah tak update disini kan....bukan apa cuma keadaan yang tidak mengizinkan...keadaan ema macam biasa cuma sejak dua menjak neh membuatkan ema semakin berdikari...bila ema bohsan ja ema pergi jalan-jalan...shopping sorang-sorang (sebelum neh tak penah wat keja gila neh)...best jugak tak kacau sesiapa...nak pergi mana pun tak terbatas rasanya...nanti nak pergi pantai, lama sudah ema tak pergi sana...banyak kenangan ema kat pantai Flamingo..tercipta suka dan duka...tempat curahan rasa seseorang yang bernama ema...juga tempat kekasih hati...tempat bercinta cik ema dan cik hubby.....RINDUnya nak pergi sana.....sebenarnya ema teringin nak jalan-jalan waktu petang kat sini...tambah-tambah bersama insan tercinta...tengok laut, jalan berpimpin tangan...bestnya....sweet ja hahaha....macam orang baru-baru bercinta tuh tapi keadaan tak mengizinkan, maybe 1 ari nanti semua neh akan menjadi kenyataan Insyallah...
Bukan tuh yang nak diceritakan dalam entri kali neh tak sesuai dengan tajuk 'Buah Hati Buat Hal' kan? Emm yer lah setelah sekian lama dia ada dengan ema, setia bersama ema, hampir 4 tahun lamanya..akhirnya dia wat hal sudah...kejap-kejap okies dan kejap-kejap padam...kesian kat dia kan...dia dah lama dengan ema, ema sayang kat dia sangat-sangat, ada orang suruh buang jauh-jauh tapi ema tak sampai hati..tak sanggup rasanya berjauhan huhu...Ema sayang kat TELEPON neh....banyak jasa dia kat ema....
So sekarang pakai HP cabuk adik huhu..nasib baik tak bagi balik arituh kalau tak, tak taw la nak pakai HP apo.....tak pa sabar ema..ANDA SEDANG DIUJI!...teringin rasanya nak beli HP baru tapi keadaan tak mengizinkan (sedihnya)...apa taknya dapat gaji ja terus bayar semua hutang-hutang orang yang bertimbun-timbun tuh...mana sempat nak simpan kan...ema neh style tak boleh hutang orang lama-lama susah hati kot...tak pa lah ema pakai ja yang mana ada...mungkin sekarang kita susah nanti mana lah nak taw rezeki Allah....
Ema tak kisah lah tuh semua, janji ema hidup bahagia...happy ja huhu...siang malam senyum (bukan gila okies) ema nak menuju bahagia...tak nak pandang belakang, tak nak fikir benda alah yang merunsingkan...hidup neh kalau tak ada DUKa, Bahagia, Sengsara tak INDAH rasanya...setiap manusia wajib untuk merasai semua tuh...sebab ema pun dah merasai semua daripada kegembiraan, kasih sayang, bahagia, duka, kehilangan, semua lah....sebab tuh langkah ema semakin berani, belajar daripada kesilapan, jangan cepat melenting kalau apa-apa jadi dekat kita, kalau boleh cool ja... sebab apa yang berlaku sememangnya sudah tercatat di luh mahfuz kan....so terima dan redha dengan apa yang terjadi...macam HP ema mungkin tercatat selama 4 tahun ja jodoh dia dengan ema hehehe (saja nak pujuk hati) kan bagus kalau awak sembuh!
PASRAH dengan REDHA dua perkara yang berbeza!!!
PASRAH dengan REDHA dua perkara yang berbeza!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)