Wednesday, November 21, 2012

Kalau kau tanya Aku!

Posted by Er Nea at Wednesday, November 21, 2012










Kalau kau tanyakan aku, jawapan itu masih sama, sekali aku melafazkan sampai mati aku akan sayang, walau kadang-kadang diri ini ditidakpeduli namun aku belajar daripada kesilapan. Ditidakpeduli Bukan bererti  membenci, jauh sekali ingin menjauhi, siapa kita untuk merungkaikan rahsia hati, biarlah saja Allah yang menyelesaikan segalanya. Tidak ada insan yang sempurna, siapa pun dia tetap sama hanya manusia biasa yang bisa berubah mengikut rentak hati. Kata hati ini pergilah sayang, jagalah hati, jagalah diri dan jagalah cinta ini..biarkan ia hanya untuk diriku dan untuk itu tidak akan sesekali, aku menyekat kebebasan mu, tapi melangkahlah dengan berhati-hati dan peganglah segala janjimu "walau abang marah, walau abang buat apa pun, walau abang dengan siapa pun, abang tetap dengan sayang, sentiasa ada untuk sayang". Syukur alhamdulillah kerana telah mengurniakan insan sebaik dirimu, dan hanya satu pintaku bimbinglah rasa cinta dan kasih sayang ini dan redhalah ikatan ini sehingga akhirnya. Buangkan rasa marah, buangkan rasa benci, buangkan rasa dendam, dan yang ada hanya rasa cinta. Sesungguhnya aku terlalu memerlukan dirimu dan ketahuilah bahawa engkau bakal menjadi bapa kepada anak-anak kecil itu. In Shaa Allah.




0 comments:

 

pemilikdewahaty Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review