Andai Hidup semalam amat menyakitkan dan memeritkan...mengapa terus dibiarkan?Mengapa terus menerus bergelumang dengan kesakitan?? dah tahu sakit, masih terus bertahan... Wahai insan tolonglah sedar seketika...tanya diri, tanya minda, tanya hati sendiri... Mampukah anda menghadapinya? Jika mampu ya teruskan, jika tidak Berserahlah...jangan menentang takdir yang ada.
Andai aku punya aura untuk kembalikan hari-hari semalam, aku memilih utk tidak berjalan lagi pada jalan ini... jalan yang amat menyakitkan.. jalan yang terlalu menyesakkan...jalan denai kecil yang berduri... Tidak adakah jalan yang tidak berduri? kalau tak dapat lebuh raya, jalan yang lebih lebar dari denai ini...mungkin hati berasa senang. Benarkah berasa senang??? Ataukah jalan ini tetap bermasalah??berlubang dan bengkang bengkok??
Semalam,mustahil akan kembali lagi... tetapi esok jangan jadikan seperti semalam...jika anda dah kehilangan air mata sehingga tak mampu utk menangis lagi...pergilah..dan melangkahlah dengan berhati-hati agar tidak jatuh lagi. Jika hari semalam meninggalkanmu, perkara yang kita sayang meninggalkan anda...dan minta anda utk bertahan, mampukah anda bertahan untuknya, sedangkan ia meninggalkan kita...?? Jika aku yang ditanya,Aku tak mampu.. kerana dia yang meninggalkanku terlebih dahulu...
Pepun 1 hal yang sering teringat dalam kepadla mindaku..."Segala sesuatu itu indah pada waktunya" dan "beban yang kita pikul itu tidak pernah melebihi kekuatan yang kita ada". Ya TUHAN, aku berserah padaMU..
~~Apa yang penting hati, aku penat untuk terus menanti...~~
Ada baiknya, nilai 'pentingkan diri sendiri' harus ada dalam diri sekali sekala, jangan terlalu baik hati sampai diri sendiri merana dan terluka~~
0 comments:
Post a Comment