Monday, July 2, 2012

jangan mengukir janji jika itu tidak pasti

Posted by Er Nea at Monday, July 02, 2012












Adat bercinta, ada salah faham.. Satu pergaduhan kecil membuatkan si perempuan meninggalkan si lelaki. Si lelaki cuba memujuk tetapi kekasihnya melarikan diri. Si lelaki berkorban apa saja asalkan diterima kembali. Sehinggalah si lelaki tadi mendapat berita kekasihnya sudah jumpa pengganti yang lebih kacak, kaya dan ranggi. Sedih dan sayu di hati. Cinta yang dulu disemai mungkin berbunga tapi tak dimiliki. Hari ini, dua hati yang dulunya berwarna warni kini mendung dan akhirnya menjadi satu memori.


Si lelaki tadi menangis bila bercerita tentang cintanya yang putus di tengah jalan. Aku faham perasaan remuk bila ditinggalkan perempuan. Aku pantang bila lelaki sebaik dia dipermainkan. Aku minta dia bertenang. Aku minta kebenaran untuk tolong selesaikan. Kalau terpaksa, aku rela guna kekerasan. Tapi dia melarang. "Pukul aku kalau kau terlalu geram..." katanya lantang. Aku terdiam. Aku tak faham. Kenapa masih dipertahankan orang yang buat kau jatuh dalam derita kesedihan? Tiada jawapan. "Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian..." katanya perlahan. Dia meninggalkan aku berfikir sendirian. Dia menghampar sejadah dan menghadap Tuhan. Baik sungguh hatimu, kawan.



Benar. Setiap kejadian ada hikmahnya. Manusia menjadi lebih kuat kerana manusia. Wanita menjadi lebih tabah kerana ada lelaki pernah menghancurkan hatinya. Lelaki menjadi lebih berani kerana ada wanita mempermainkan cintanya. Tuhan menguji hamba-Nya kerana Dia tahu manusia mampu menghadapinya. Kegagalan manusia dalam cinta kerana Tuhan mahu memberi yang lebih sempurna.


Sekarang, aku bangga melihat kau mendapat hidayah untuk mendekati agama. Sebagaimana kau mendoakan bekas kekasih kau bahagia dengan kekasih barunya, begitulah aku mendoakan kebahagiaan kau di dunia, dan akhirat sana bila tiba masanya. Sebab kita kawan dulu, kini, sampai syurga dan selama-lamanya.

p/s ~ cintailah sesiapa sahaja yang kamu suka kerana kamu pasti akan kehilanganya~

0 comments:

 

pemilikdewahaty Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review