Monday, December 31, 2012

cOUnTdOWN

Posted by Er Nea at Monday, December 31, 2012


Assalamualaikum....

31.12.2012
1 tahun 8 bulan 1 minggu



Salam apa khabar warga blogg... arineh merupakan hari terakhir dalam tahun  2012, sesungguhnya 2012 cukup memberikan suka,duka dalam hidup ema..tahun ini menjadikan ema seorang yang banyak belajar, banyak bersabar dan banyak juga ema kehilangan...rasanya sudah cukup semua itu...pergilah berlalu dan jangan kembali lagi...semoga tahun 2013 mampu memberikan rasa kebahagian dan kegembiraan berpanjangan dalam hidup ema...rasa sedey tuh buang jauh2 k....tak patut rasanya ada dalam kamus hidup ema.....(ema kawal emosi sebab ko ja yang boleh kawal diri kau)



Rasanya setiap daripada korang pun macam tuh juga kan....mesti ada asam garam dalam tahun 2012 neh..tapi tak apa jadikan 2012 kenangan dan kenangan tuh jadikan sebagai satu kekuatan.....simpan dalam kotak ingatan...ingat yang manis jangan terus disimpan dan yang pahit jangan terus dibuang kerana kepahitan tak semestinya sakit sebab yang pahit tuh lah akan menjadi kenangan dan ingatan pada diri kita....tak kisahlah pahit atau manis janji kita happy dan enjoy dalam kehidupan seharian (walau kadang-kadang rasa nak terjun bangunan)...mungkin pada awalnya kita sakit, jatuh dan hampir-hampir tersungkur namun tak nampakkah kita pada kesudahan cerita itu....terang lagi bersuluh kebahagian di depan sana....cuma mungkin kadang-kadang kita tak nampak..itulah hukum manusia...yang pahit itu dianggap selamanya pahit....jadi pandanglah ke depan...dan bangunlah....ubah apa yang sepatutnya diubah....ema bukan tengah cuba  mengubah hukum dunia tapi sebagai manusia kita harus berfikiran rasional...berpijak pada bumi yang nyata dan bertindak mengikut keadaan....kadang kala ema pun banyak juga melakukan kesalahan, bukan sahaja pada diri sendiri tapi pada orang di sekeliling. Namun belajarlah daripada kesalahan, kesilapan dan  perbetullah apa yang tidak betul..sebelum terlambat...yang mana salah kita, kita akui, ingat tak bermakna kita mengalah kita salah, orang boleh pijak-pijak kepala kita tapi apa salahnya jika sekadar memperbetulkan keadaan demi untuk kegembiraan orang lain....


Memang susah jika kita bermain dengan perasaan tapi sepatutnya kita mengawal emosi dan ingat KEBAHAGIAN ITU ADALAH PILIHAN...(cewah berfalsafah plak) Bukan apa itulah hasil daripada pembacaan ema di internet ( thank kat pemberi info sempat berkongsi dengan cik Hubby dan cik Sahabat) semoga ia menjadi panduan berguna untuk menjadi muslimah dan muslimat sejati....Ema neh pun bukan pandai sangat bab-bab agama tapi ema cuba perbetulkan apa yang tak betul....cuba belajar apa yang kurang....ingat sama-samalah kita beramal hehe (mcm Profesor Izzi Ali plak)....dah lar tuh asanya da panjang lebar ema menulis neh...Al-maklumlah neh baru ema ada kesempatan, sebelum neh sempat letak gambar dan caption sikit-sikit ja kan....(niat hati nak jugak update kannn)....

Lastly ema dengan bangganya nak cakap terima kasih bebanyak kat blog kesayangan ema neh yang telah berjaya menjadi diari dan barang penting dalam hidup ema, tempat curahan hati yang kadang-kadang tak mampu diluahkan dengan kata-kata....tempat curahan jiwa yang kadang-kadang melampaui batas...Maaf ya jika ia membosankan....


Selain itu, ema jugak nak ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang berjaya dengan jayanya menstalker page ema huhu...btw tak banyak ema ceritakan kat sini...untuk pengetahuan korang blog neh tiada kaitan antara hidup dan mati dan kadang-kadang hanyalah rekaan semata-mata dan tiada mengena dengan diri ema....jadi jangan sampai tersalah tafsiran......


Semoga tahun baru neh mampu mengilhamkan kebahagian buat kita dan rebutlah kebahagiaan itu...tapi apa yang penting jadilah diri sendiri dan berpijaklah pada kaki sendiri.....Selamat menyambut tahun baru dan selamat menempuhi alam dewasa...Ingat hanya korang sahaja yang mampu untuk menjaga diri dan hati korang! Selamat Memilih.....




P/s KEBAHAGIAAN adalah hak saya! dan sesiapa yang cuba untuk memusnahkan KEBAHAGIAAN saya silalah BERAMBUSSS!!!









0 comments:

 

pemilikdewahaty Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review