Sebenarnya, kalau diikutkan kisah
cinta aku ini, ianya hanyalah secebis kesakitan. Tidak sesakit mana jika nak dibandingkan dengan
kisah percintaan orang lain, rasanya ada orang lain yang lebih teruk
dipermainkan, lebih teruk diperbodohkan, lebih teruk diduakan dan lebih teruk
merasai kepahitan itu.
Semua kesalahan
diletakkan di bahuku. Dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah.
Katanya, Perasaan dia pada aku kosong! Heran bukan! Terlalu mudah.
Tapi sumpah, sejauhmana
aku berada, sejauhmana aku cuba melupakan, sejauhmana aku cuba merungkai
kesakitan, kesakitan itu tak pernah hilang dan tak akan hilang Masih terkilan rasa hati apabila
mengingati peristiwa itu. Ditinggalkan ketika hati masih sayang. Ketika hati masih rindu.
Bila mereka bertanya pada aku 'macam mana kau boleh kuat, kejap je sedih, kalau aku meroyan kot. Bercinta sudah lama tapi akhirnya dilempar seolah kucing kurap. Tiada perasaan! Ker kau memang tak sayangkan dia?
Disoal lagi ‘ aku heran macam mana kau boleh jadi tabah, dalam masa yang singkat. Serius singkat.
Orang lain sedih berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun, kau pulak dua tiga
hari je dah okay. Ada udang di sebalik mee ke?’
Siapa cakap aku tak
sedih?
Siapa cakap aku tak
rebah?
Siapa cakap aku tak
sakit?
Siapa cakap aku tak
meroyan?
Tiada sesiapa tahu
betapa teruknya keadaan aku pada masa itu kecuali Allah, Mak & Cik Sahabat.
Airmata tak mampu dibendung ketika aku ceritakan perihal DIA pada mak. Aku renung mata mak, ada sedikit kekesalan pada dirinya. Pesan mak, lupakan pada seseorang yang melupakanmu.
Mak mana yang tidak tersentuh. Bihun Sup yang menjadi kesukaan si anak hanya sedikit dijamah, itupun sekadar mengambil hati. Perut ini hanya terisi air kosong. Semata-mata air kosong. Mak maafkan anakmu! Anakmu ini sedang berusaha!
Dari mana datangnya
ketabahan dalam masa beberapa hari itu? Semua orang bertanyakan soalan yang
sama.
Jawapan aku cukup mudah.
Bertaubat. Kembali padaNya. Berserah pada takdir Allah.
Itu yang aku lakukan.
Aku tidak pernah lupa untuk berdoa. Aku menangis mengingati dosa-dosa silamku.
Aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku pada Maha Pencipta.
Kuasa Allah hebat.
Manusia yang tidak tahu dan kurang tahu. Aku kembali mendapat ketenangan pada hari ketiga selepas peristiwa itu. Tidur malam
ku kembali tenang. Fikiran ku tidak lagi melayang-layang. Sakit hati aku hilang
sedikit demi sedikit.
Syukur padamu Ya Allah
Percayalah! Jika hari
ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Inn syaa Allah, Allah
akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita. Jika hari ini Allah tak
temukan kita dengan orang yang kita sayang, Inn syaa Allah moga Allah temukan
kita dengan orang yang sayangkan kita.
Semuanya kuasa Allah.
Percayalah..
REdhakanlah diri ini atas apa jua takdir yang telah engkau tetapkan.
"Sesuatu yang telah ditakdirkan untukku, pasti akan aku dapat meskipun aku lari darinya, dan sesuatu yang ditakdirkan bukan untukku, pasti aku tidak akan dapat walau aku bersusah payah untuk mendapatkannya”
1 comments:
cik sahabat, moga awk tabah dgn semua dugaan ni..wlopn sy dh xdpt jadi bahu awak mcm dlu, tp sy nk awk tahu yg sy sntsa ada utk awak..cuma skrg, masa dan tggungjwb yg memisahkn kita...harap awak kuat dan yg penting sy ttp sygkn awak cik sahabat sm mcm dulu..cari jer sy sbb sy sentiasa ada untuk awak :)
Post a Comment