Thursday, August 30, 2012

don't make...

Posted by Er Nea at Thursday, August 30, 2012 0 comments







"Don't ever make permanent decisions based on temporary feelings" 


subhannallah...berilah apa yang terbaik untuk diriku dan kau pemudahkanlah aku untuk melalui...
jika ia menyakitkan lembutkanlah hati ini untuk menerima
jika ada kemanisan sematkan diri ini dengan rasa kesyukuran
jika ia melemahkan, berikanlah aku kekuatan yang melimpah ruah
agar dapat aku teruskan segala perjalanan yang telah engkau titipkan buat diri ini
sesungguhnya pesan ayah itu sentiasa tersemat dalam hati ini


itulah janji allah...usah persoalkan rezeki, jodoh mahupun apa sahaja mengenai kita...sememangnya allah dah catatkan rezeki, jodoh masing2 & jadi jgnlah kita kacau rezeki orang, jodoh orang
mungkin sekarang kita ssh, kita single...manalah tahu satu hari nty kita akan senang dan memperolehi seseorang yang lebih baik....

subhanallah...



Wednesday, August 15, 2012

what i want???

Posted by Er Nea at Wednesday, August 15, 2012 0 comments



p/s jgn tinggalkan saya lagi...
saya tak bisa bernafas tanpa awak...
forever with me...promise!

Tuesday, August 14, 2012

syukur alhamdulillah

Posted by Er Nea at Tuesday, August 14, 2012 0 comments

assalamualaikum

hai belog ema sayang....
da lama ema xupdate kan...
saja maleh sikit....nk ciapkan buku ema yg da setahun neh
jom citer sal ema semenjak 2 menjak neh

awak saya bersyukur sangat
awak dah banyak berubah 
berubah menjadi apa yang saya impikan
terasa terisi sudah kekosongan yang ada
ternyata awak seorang yang amat caring
awak saya suka cara awak sekarang
awak saya nk awak taw bagi saya
kasih sayang lebih penting daripada wang ringgit
saya bahagia bila awak disisi saya
insyallah saya berjanji akan bersama awak
sentiasa ada untuk susah senang awak
awak...awaklah HIDUP saya



P/s aku bersyukur kepadamu ya allah
tima kasih sebab perkenankan doa hambamu ini
syukran....

Thursday, August 9, 2012

JIka Dia!

Posted by Er Nea at Thursday, August 09, 2012 0 comments

Jika pasanganmu di RAMPAS orang lain, jangan BALAS DENDAM atau BERDUKA LARA tetapi relakanlah dia pergi,

KERANA........

Pasangan yang BAIK tidak akan mudah dirampas oleh orang lain KECUALI jika dia yang MEMBENARKAN ♥



Wednesday, August 1, 2012

bermula sudah!

Posted by Er Nea at Wednesday, August 01, 2012 0 comments



^________^
senyum lebar2....
fantastic shop!

semoga segalanya dipermudahkan
insyallah..
kun fa ya kun

Tuesday, July 3, 2012

cerita cinta kita

Posted by Er Nea at Tuesday, July 03, 2012 0 comments




Pertemuan yang tak penah disangkakan
TerJUMPA...
TerADD 
dan terCAYANG plak

Dunia kita berbeza...
awak di atas dan saya dibawah...
awak suka nescafe saya suka teh o ais...
awak suka makan nasi goreng daging merah & saya suka makan nasi puteh ikan bawal, 
awak suka maen game dan saya  suka tgk tv...
awak suka rumah bandar & saya suka rumah kampung...
awak suka bebel saya suka diamm.....
awak suka tinggalkan saya dan saya tak bole tanpa awak


Walau kita berbeza tp kita ada satu persamaan iaitu satu rasa cinta.....awak tahu tak perbezaan itu yang melengkapkan satu persatu jiwa kita....
sapew kata perbezaan itu menjauhkan, sebenarnya perbezaan itu mendekatkan kita....
jangan dipandang pada perbezaan namun lihatlah pertautan cinta yang telah allah anugerahkan.....

Walaupun saya tahu saya hidup dalam angan-angan tapi saya bahagia dgn apa adanya...kerana hidup saya ialah apa yang saya ciptakan.....
saya pereka cerita, saya pengarah dan saya adalah editornya....dan saya juga adalah pelakon  terhebatnyanya....
jadi segala jalan cerita ini akan saya ciptakan sebaik mungkin untuk saya, awak dan tatapan semua.....
semoga kisah ini menjadi kisah terindah dalam hidup saya....walaupun itu hanya angan-angan cuma!!!




p/s saya sayang semua orang yang sayang saya!!! by pemilikdewahaty





Monday, July 2, 2012

jangan mengukir janji jika itu tidak pasti

Posted by Er Nea at Monday, July 02, 2012 0 comments












Adat bercinta, ada salah faham.. Satu pergaduhan kecil membuatkan si perempuan meninggalkan si lelaki. Si lelaki cuba memujuk tetapi kekasihnya melarikan diri. Si lelaki berkorban apa saja asalkan diterima kembali. Sehinggalah si lelaki tadi mendapat berita kekasihnya sudah jumpa pengganti yang lebih kacak, kaya dan ranggi. Sedih dan sayu di hati. Cinta yang dulu disemai mungkin berbunga tapi tak dimiliki. Hari ini, dua hati yang dulunya berwarna warni kini mendung dan akhirnya menjadi satu memori.


Si lelaki tadi menangis bila bercerita tentang cintanya yang putus di tengah jalan. Aku faham perasaan remuk bila ditinggalkan perempuan. Aku pantang bila lelaki sebaik dia dipermainkan. Aku minta dia bertenang. Aku minta kebenaran untuk tolong selesaikan. Kalau terpaksa, aku rela guna kekerasan. Tapi dia melarang. "Pukul aku kalau kau terlalu geram..." katanya lantang. Aku terdiam. Aku tak faham. Kenapa masih dipertahankan orang yang buat kau jatuh dalam derita kesedihan? Tiada jawapan. "Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian..." katanya perlahan. Dia meninggalkan aku berfikir sendirian. Dia menghampar sejadah dan menghadap Tuhan. Baik sungguh hatimu, kawan.



Benar. Setiap kejadian ada hikmahnya. Manusia menjadi lebih kuat kerana manusia. Wanita menjadi lebih tabah kerana ada lelaki pernah menghancurkan hatinya. Lelaki menjadi lebih berani kerana ada wanita mempermainkan cintanya. Tuhan menguji hamba-Nya kerana Dia tahu manusia mampu menghadapinya. Kegagalan manusia dalam cinta kerana Tuhan mahu memberi yang lebih sempurna.


Sekarang, aku bangga melihat kau mendapat hidayah untuk mendekati agama. Sebagaimana kau mendoakan bekas kekasih kau bahagia dengan kekasih barunya, begitulah aku mendoakan kebahagiaan kau di dunia, dan akhirat sana bila tiba masanya. Sebab kita kawan dulu, kini, sampai syurga dan selama-lamanya.

p/s ~ cintailah sesiapa sahaja yang kamu suka kerana kamu pasti akan kehilanganya~
 

pemilikdewahaty Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review